CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4932|Reply: 0

[Sabah] 13 rumah di Skim Penempatan Telipok terbakar

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Keadaan kebakaran di Skim Penempatan Telipok di sini.

KOTA KINABALU: 13 rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Skim Penempatan Telipok di sini.

Pegawai Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12:45 tengah hari.

Katanya, bertindak dengan kejadian, sepasukan pegawai dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Tuaran bersama jentera pemadam digerakkan ke lokasi sejauh 21 kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kejadian membabitkan 13 buah rumah jenis tidak kekal iaitu 12 buah rumah terbakar sepenuhnya dan sebuah rumah lagi hanya terbakar bahagian bilik mandi.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.41 petang dan mujurlah tiada kemalangan jiwa dilapor dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Turut berada di lokasi ialah kakitangan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list