CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4409|Reply: 0

[Sabah] Sekretariat MPUPK ditubuh selaras pelaksanaan belanjawan pembangunan keusahawanan

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Ewon (tiga kanan) menyerahkan buku Pelan Strategik PMKS 2023-2030 bagi kementeriannya kepada Zahid.

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sekrateriat tetap Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) ditubuhkan bagi menyelaras pelaksanaan belanjawan pembangunan keusahawanan oleh agensi-agensi di semua kementerian berkaitan.

Beliau berkata, sekrateriat itu bertujuan memastikan semua dana yang disalurkan kepada setiap agensi di kementerian berkenaan dapat digunakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada pembangunan keusahawanan di negara ini.

Katanya, penubuhan sektateriat penyelarasan itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

“Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusi mesyuarat MPUPK yang pertama tahun ini dan lima kertas dibentangkan dalam mesyuarat itu.

“Antara keputusan yang telah dipersetujui ialah satu sekrateriat penyelarasan dan pelaporan pelaksanaan belanjawan berkaitan pembangunan keusahawaan oleh agensi-agensi di semua kementerian ditubuhkan yang akan bermesyuarat setiap bulan dan dipengerusikan oleh TPM dan SME Corp sebagai ketua sekrateriat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MPUPK dan pelancaran Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana 2023-2030, di Dewan Persidangan Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Ewon berkata, dalam mesyuarat itu turut diluluskan garis panduan pantas Penerapan Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk PMKS dan pelancaran Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana 2023-2030 (PSPMKS 2030) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Buku Panduan Pantas ESG untuk PMKS diterbitkan oleh SME Corp Malaysia bagi mengenalpasti kriteria asas penerapan amalan ESG oleh PMKS.

Panduan pantas ini merangkumi lapan langkah mudah untuk firma memahami kepentingan ESG dalam perniagaan mereka, menetapkan objektif, mengenalpasti indicator ESG yang berkaitan dengan perniagaan mereka, menghasilkan pelan tindakan kelestarian dan seterusnya menggunakan templat mudah untuk pelaporan ESG.

Manakala, PSPMKS 2030 pula memberi penekanan kepada aspek pengukuhan ekosistem inovasi keusahawanan yang kondusif dan persekitaran perniagaan yang mesra PMKS.

Ewon berharap, keputusan-keputusan dalam mesyuarat MPUPK dapat memacu penyelarasan merentasi kementerian dan rentas kerajaan persekutuan dan negeri untuk manfaat golongan usahawan PMKS di seluruh negara.

Dalam mesyuarat itu, lima kertas pembentangan telah dibincangkan iaitu Pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, Hala Tuju Baharu Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana 2030, Pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) dan Pelaksanaan ESG untuk PMKS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.182483 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list