CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8787|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 18 lagi pati lolos berjaya ditahan

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode

FOTO pada 3 Januari menunjukkan antara pati yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor ditahan di sebuah kebun jambu di Kampung Senta, Tapah. FOTO fail BERNAMA

Putrajaya: Seramai 18 lagi pendatang asing tanpa izin (pati) yang lolos dari Depoh Tahanan Imigresen Sementara Bidor, Perak, Khamis lalu, ditahan semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, ini menjadikan keseluruhan seramai 76 pati sudah berjaya ditahan setakat 10 malam tadi.

"Berdasarkan maklumat, 18 pati lagi ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah kongsi dalam ladang sawit di Tapah, Perak.

"Manakala, baki 53 pati masih diburu dan usaha itu giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan JIM dan beberapa agensi lain," katanya dalam sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Warga Asing di sini, awal pagi ini.



Ruslin berkata, pihaknya percaya tahanan yang bebas masih berada di kawasan berdekatan dan kemungkinan akan mendapatkan bantuan termasuk makanan daripada penduduk sekitar.

Justeru, beliau berkata, pencarian masih tertumpu di kawasan sekitar Bidor dan Tapah membabitkan keluasan 20 kilometer.

Beliau meminta masyarakat setempat segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya melihat kehadiran warga asing terbabit dan kejayaan tangkapan sebelum ini juga hasil daripada maklumat awam.

Ditanya individu menjadi dalang yang merancang supaya tahanan meloloskan diri dari depoh, beliau berkata, ia masih dalam siasatan.

"Setakat ini, siapa dalang itu kita kena siasat. Lagipun kes ini di bawah siasatan polis kerana laporan sudah dibuat dan ia disiasat sebagai kes jenayah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... los-berjaya-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060309 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list