CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8099|Reply: 0

[Sabah] ADUN Liawan turun padang ziarah mangsa banjir di Kg Keritan Laut, tinjau punca banjir di Kg Kitung

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Annuar ditemani rombongan meninjau pembetung yang tersumbat sehingga menyebabkan limpahan air ke jalan raya yang memerlukan tindakan.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman melakukan lawatan kerja meninjau tiga buah rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Keritan Laut.

Dalam lawatan itu, Annuar turut ditemani Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong; Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan petugas di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), bagi menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa yang terjejas.

Annuar yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Berhad (SEC) kemudian turut melawat ke lokasi pembetung yang tersumbat di Kampung Kitung yang mengakibatkan limpahan air ke jalan raya.

"Kerja-kerja pembersihan sudah dilaksanakan dan melalui lawatan itu juga kita adakan sesi perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan yang sering berulang agar dapat diselesaikan secara tuntas demi kesejahteraan penduduk kampung terbabit, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067344 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list