CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8214|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri berada di landasan tepat

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:17 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Masiung (dua kanan) menerima cenderamata daripada Ruslan.

KOTA BELUD: Kerajaan negeri kini berada di landasan tepat dengan memfokuskan isu rakyat terlebih dahulu sambil mengurangkan bicara tentang politik.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, karenah pembangkang tidak perlu dilayan kerana akhirnya ia akan memudaratkan kepentingan rakyat.

"Rakyat Sabah pada ketika ini mengharapkan bantuan dan keprihatinan kerajaan untuk menguruskan isu-isu domestik yang belum selesai.

"Pemimpin pembangkang boleh bercakap apa saja, kerana itu memang kerja mereka. Tapi amanah kita sebagai pemimpin kerajaan yang memerintah harus diutamakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Kadamaian, yang diadakan serentak sambutan Krismas dan Tahun Baru, kelmarin.

Masiung berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berpesan kepada pemimpin kerajaan supaya tidak terlalu berpolitik sebaliknya mendahulukan kepentingan rakyat.

Menurutnya, antara isu domestik yang perlu segera diperbetulkan kini ialah masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Masiung menjelaskan, walaupun pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dibawah pelaksanaan kerajaan Persekutuan, namun kerajaan Sabah perlu mengambil peranan aktif bagi memastikan projek itu berjalan lancar.

Pada masa ini katanya, isu bekalan air sudah hampir selesai dan kerajaan Sabah juga telah mengambil alih pengurusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), namun masih banyak perkara yang perlu ditambah baik.

Pada majlis itu, Masiung turut menyampaikan sumbangan lima buah penghawa dingin untuk pejabat Gagasan Rakyat Kadamaian.

Hadir sama Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kadamaian, OKK Ruslan Duraman serta 250 penyokong parti itu.

Sehingga kini, Gagasan Rakyat Kadamaian merekodkan lebih 4,000 ahli menerusi 114 cawangan yang berdaftar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071784 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list