CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8151|Reply: 0

[Sabah] Segama Mega Bazar CNY 2024 diadakan pada 8 Februari

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode


BAZAR: Christina (kiri) dan Sabin menjemput warga Bandaraya Kota Kinabalu datang memeriahkan Segama Mega Bazar sempena Tahun Baharu Cina 2024.

KOTA KINABALU:  Segama Mega Bazar sempena Tahun Baharu Cina 2024 akan diadakan pada 8 Februari ini pada jam 1 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di Segama.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, orang ramai dijemput datang beramai-ramai pada bazar berkenaan.

Katanya, sebanyak 350 gerai akan dibuka dan persembahan juga turut diadakan sebagai tarikan ke bazar berkenaan.

"Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang sememangnya tidak asing lagi kepada semua lapisan rakyat di Sabah, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

"Kerjasama diantara kementerian dan DBKK sudah pasti akan memperkasakan lagi program ini, sekali gus mampu dijadikan sebagai tarikan kepada pengunjung tempatan serta para pelancong.

"Kami mahu memperkenalkan perayaan ini disambut secara unik dan diterima oleh semua lapisan masyarakat di Sabah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bazar yang diadakan di Jalan Segama sudah pasti akan menjadi penganjuran bazar terbesar tahun ini.  Program ini turut melibatkan acara tarian singa, naga, persembahan tarian, nyayian, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Katanya, acara kemuncak adalah memperkenalkan inisiatif 'Discover Sabah Digital' 2024, iaitu satu pelan strategik untuk mengangkat pelancongan Sabah ke tahap yang lebih tinggi menerusi pendekatan digital. Inisiatif ini dibangunkan berikutan kejayaan 'Dec-Cover Sabah' 2023.

Bazar berkenaan akan dirasmikan bersama oleh Christina dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068656 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list