CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8160|Reply: 0

[Sabah] Inanam berpotensi dibangunkan sebagai hab pelancongan

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Christina (tengah) bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara gimik perasmian majlis itu.

KOTA KINABALU: Pekan Inanam berpotensi dijadikan hab pelancongan memandangkan sebahagian besar lokasinya terletak pada Crocker Range Biospera Reserve (CRBR).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, Inanam selain menjadi tumpuan pelabur hartanah, kawasan itu juga dikurniakan bentuk muka bumi yang indah.

"Kawasan ini sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan baik secara individu mahupun secara komuniti.

"Selaku Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengetengahkan DUN Inanam untuk dijadikan sebagai salah satu hab pelancongan terbaik di Sabah.

"Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat di kawasan DUN Inanam tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk terus menyokong usaha kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 DUN Inanam, semalam.

Beliau berkata, jika sokongan padu boleh digapai bersama, DUN Inanam sudah pasti akan mendapat limpahan ekonomi positif hasil tadbir urus terbaik terutama menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Peto Galim.

Dalam pada iti, Christina menjelaskan Sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini adalah Tahun Naga.

"Marilah kita menghayati nilai-nilai ketabahan, keberanian dan perpaduan dilambangkan oleh sang naga dan zodiak Cina, yang menandakan kemakmuran, nasib baik dan tenaga positif," katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud serta tetamu kehormat yang lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055234 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list