CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6385|Reply: 0

[Sabah] Peruntukan RM553.07 juta untuk tingkat tahap sara diri tahun ini

[Copy link]
Post time 5-2-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Hajiji (tengah) menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Pertubuhan Peladang Putatan Datuk Arsit Sedi, turut kelihatan ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya (kiri).

PUTATAN: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan telah memperuntukkan sebanyak RM553.07 juta untuk sektor pertanian, perikanan dan industri makanan dalam Belanjawan tahun ini demi mempertingkatkan tahap sara diri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus berusaha meningkatkan hasil dan kualiti pertanian dalam memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.

"Justeru itu, pelbagai inisiatif dan inovasi diperkenal dan dilaksanakan melalui program-program pembangunan tanaman, akuakultur, penternakan dan pembangunan usahawan tani," katanya semasa perasmian majlis ramah mesra pemimpin bersama ahli Pertubuhan Peladang daerah Putatan di tapak Mobile Food Kiosk, di sini semalam.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Pertubuhan Peladang Kawasan di negeri ini memandangkan peranan penting mereka dalam pembangunan industri makanan di negeri ini.

"Namun pertubuhan peladang juga perlu mempelbagaikan lagi inisiatif untuk membantu menaikkan taraf sosio ekonomi ahli-ahli pertubuhan peladang di negeri ini.

"Seiring dengan itu, ahli pertubuhan peladang kawasan Putatan diminta mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk meneroka peluang dalam industri hiliran.
"Bukan saja di Putatan malah ahli peladang di seluruh negeri juga perlu menceburi industri hiliran.

"Ahli peladang tidak boleh sekadar menghasilkan bahan mentah untuk dipasarkan, sebaliknya mempelbagaikan hasil keluaran supaya dapat memenuhi permintaan pasaran.

"Sebagai contoh penghasilan pisang dan nanas yang boleh diproses menjadi makanan ringan seperti kerepek," katanya.

Hajiji berkata, penerokaan kepada industri hiliran penting memandangkan ketika ini negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara bagi memenuhi keperluan tempatan.

"Dengan meneroka peluang seperti ini, ahli peladang akan turut dapat meningkatkan sosio ekonomi keluarga," katanya.

Hajiji berkata, Putatan mungkin tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian komoditi berskala besar kerana saiznya yang agak kecil berbanding daerah lain di negeri ini.

Tetapi katanya, dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, ahli Pertubuhan Peladang Putatan berpeluang menjadi pemain industri pemasaran rantaian nilai agromakanan.

"Saya berharap lebih ramai ahli pertubuhan peladang menceburi bidang perniagaan dalam agro makanan dengan memperolehi bekalan bahan mentah dari daerah lain untuk dijadikan produk usahawan yang boleh di pasarkan di Kota Kinabalu.

"Cari jalan dan peluang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta dengan mewujudkan kerjasama pintar dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan," katanya.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian atau Peladang Outlet di Kampung Meruntum Putatan dan beliau yakin dengan wujudnya Peladang Outlet ini secara tidak langsung akan menyumbangkan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan kepada masyarakat peladang di daerah putatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055245 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list