CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7185|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Hati-hati produk didakwa diruqyah'

[Copy link]
Post time 5-2-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Produk dalam bentuk kepingan kertas mengandungi petikan ayat al-Quran yang boleh larut dalam air dan sedia diminum dalam tempoh beberapa saat mengejutkan ramai. - Foto tangkap layar

KUALA LUMPUR: Kemunculan produk dalam bentuk kepingan kertas didakwa dibacakan ayat al-Quran atau diruqyah, menimbulkan pelbagai reaksi apabila ia tular di media sosial.

Sebelum ini, muncul pelbagai produk makanan dan minuman 'ruqyah' yang dijual di pasaran, namun terbaru produk dalam bentuk kepingan kertas mengandungi petikan ayat al-Quran yang boleh larut dalam air dan sedia diminum dalam tempoh beberapa saat mengejutkan ramai.

Dalam video itu, ditunjukkan kepingan kertas ruqyah terbabit dimasukkan ke dalam cawan berisi air, selepas dikacau selama lima saat tulisannya luntur dengan air yang jernih bertukar kepada kebiruan. Ia kemudian sedia untuk diminum.

Pendakwah, Mohd Meeftah Anuar, berkata hukum menggunakan produk sedemikian adalah harus, namun ia perlu disertakan dengan iktikad yang betul.


"Hukumnya harus, cuma mesti betul iktikadnya...yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Kaedah itu hanyalah satu daripada ikhtiar," katanya kepada BH hari ini.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun, berkata ia tidak bermakna pembelian produk sedemikian adalah digalakkan.

"Saya hanya menukil pendapat ulama dan tidaklah pula menggalakkan orang beli produk sedemikian.

"Lebih-lebih lagi (berdasarkan video yang tular) tak nampak dengan jelas apa yang ditulisnya dan tidak diketahui bahan dakwat yang digunakan," katanya.

Memperincikan isu hukum, beliau berkata, ulama mempunyai pandangan berbeza mengenainya, malah ada yang berpendapat hukumnya adalah makruh.

‎"Imam Nawawi dalam kitabnya, At Tibyan fi Adab Hamalati al-Quran berkata, ‎ada perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menulis ayat al-Quran pada sebuah bekas kemudian dibasuhkan (bekas itu) dan diberikan minum air basuhan itu kepada orang yang sakit.

"Selain itu, ulama lain Al Qadi Husain dan Al Baghawiy berpandangan jika dituliskan ayat al-Quran atas manisan, kemudian dimakan sekali pun tidak mengapa (harus)," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya selidik dahulu sebelum membeli produk atas nama 'ruqyah' di pasaran.

"‎Jika jelas apa ayat yang ditulis dan bahan yang digunakan suci serta tidak memudaratkan, maka harus hukumnya.

"‎Jika tidak pasti, lebih baik ditinggalkan," katanya.

an isu hukum, katanya, ulama mempunyai pandangan berbeza mengenainya, malah ada yang berpendapat, hukumnya adalah makruh.

‎"Imam Nawawi dalam kitabnya, At Tibyan fi Adab Hamalati Al Quran berkata, ‎ada perselisihan pendapatulama mengenai hukum menulis ayat al- Quran pada sebuah bekas kemudian dibasuhkan (bekas itu) dan diberikan minum air basuhan terbabit kepada orang yang sakit.

"Selain itu,ulama lain, Al Qadi Husain dan Al Baghawiy berpandangan jika dituliskan ayat al-Quran atas manisan, kemudian dimakan sekalipun, tidak mengapa (harus)," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya selidik dahulu sebelum membeli produk atas nama 'ruqyah' di pasaran.

"‎Jika jelas apa ayat yang ditulis dan bahan yang digunakan suci serta tidak memudaratkan, maka harus hukumnya.

"‎Jika tidak pasti, lebih baik ditinggalkan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... uk-didakwa-diruqyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 1.613421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list