CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23009|Reply: 0

[Sabah] SKM cipta sejarah daftar 1001 koperasi baharu tahun 2023

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:34 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU LOKASI: Ewon meninjau tapak tamu desa koperasi selepas merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Koperasi Peringkat Daerah Sipitang.

SIPITANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mencipta sejarah apabila berjaya mendaftarkan 1,001 koperasi baharu di seluruh negara sepanjang tahun 2023.

Menterinya Datuk Ewon Benedick menyifatkan kejayaan itu menunjukkan kesedaran tinggi dan minat besar rakyat negara ini dalam gerakan koperasi.

“Pada tahun lepas, buat pertama kali dalam sejarah, kita telah mencipta rekod dengan mendaftarkan 1,001 koperasi baharu berbanding purata pendaftaran pada tahun-tahun sebelumnya sekitar 600 hingga 700 koperasi baharu setahun.

“KUSKOP melalui SKM dan Instutut Koperasi Malaysia (IKMa) telah menganjurkan jelajah program memasyarakatkan koperasi sepanjang tahun lepas dan saya percaya ini telah menyumbang kepada kesedaran berkoperasi di kalangan rakyat.

“Saya menyatakan harapan besar agar koperasi-koperasi baharu ini dapat menjalankan perniagaan mereka dengan jayanya mengikut tata kelola perniagaan koperasi yang baik, menjaga kebajikan ahli-ahli dan menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Ewon berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Koperasi Peringkat Daerah Sipitang pada Sabtu.

Mengikut data interim koperasi di Sabah sehingga 30 Jun 2023, jumlah koperasi berdaftar adalah sebanyak 1,765 buah, dengan kekuatan anggota seramai 361,126 orang. Manakala syer dan yuran terkumpul adalah sebanyak RM244 juta, aset terkumpul bernilai RM868 juta. Manakala pencapaian jumlah perolehan adalah sebanyak RM329 juta.

Ewon turut menyatakan bahawa kriteria permohonan pendaftaran koperasi juga telah dipermudahkan terutamanya bilangan minimum anggota iaitu sebanyak lima orang.

“Kita telah menambahbaik proses pendaftaran koperasi. Hari ini lima orang yang mempunyai kemahiran yang sama, contohnya lima orang petani di sesebuah kampung sudah boleh menubuhkan koperasi mereka atau lima orang profesional di bandar sudah boleh menubuhkan koperasi,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sindumin Datuk Dr Yusof Yaacob; Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar dan Presiden Koperasi Pusat Komuniti Lundayeh Sabah Berhad Datuk Pangiran Lalung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.092569 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list