CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22681|Reply: 0

[Sabah] 81 warga emas, 35 pekerja terima sumbangan Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode


SEMANGAT: Ahli Persatuan Insan Cahaya Harapan, Winnie Chia semangat melaksanakan program terbabit.



KENANGAN: Persatuan Insan Cahaya Harapan merakamkan gambar kenangan bersama warga emas semasa program ini.

KOTA KINABALU: Tahun Baharu Cina lebih bermakna apabila 81 warga emas dan 35 pekerja di sebuah rumah wargatua memperoleh sumbangan berharga dalam satu program di sini.

Pengerusi Kehormat Tetap Persatuan Insan Cahaya Harapan Terrance Voo Sie Min berkata, pihaknya membantu warga emas dan pekerja di rumah wargatua ini rasa lebih dihargai sempena perayaan Tahun Baharu Cina melalui sumbangan ini.

“Semasa program berlangsung, warga emas diberi sumbangan wang tunai berupa 'ang pow' dan beberapa sumbangan lain termasuk limau dan makanan yang simbolik dengan Tahun Baharu Cina.

“Kita berterima kasih dengan kerjasama daripada pihak Kedai Kopi Pinn xiang, serta  Persatuan Insan Cahaya Harapan Bahagian Luyang dan orang awam sehingga membolehkan sumbangan disampaikan dengan jayanya,” katanya semasa program terbabit.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Insan Cahaya Harapan Liew Yen Wee, Naib Pengerusi Kon Che Soon, Setiausaha Chan Wai Ban, Timbalan Setiausaha Tonny Lim serta Timbalan Bendahari Rusmina Gani dan ahli persatuan lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list