CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21987|Reply: 0

[Sabah] Robert turun padang tinjau punca banjir

[Copy link]
Post time 4-2-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Robert turun meninjau kawasan-kawasanyang dilanda banjir baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran punca yang menyebabkan banjir kilat.

KENINGAU: Ekoran banjir kilat yang berlaku di Bingkor baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik mengadakan lawatan dan singgah beberapa kawasan termasuk Kampung Bingkor Baru.

Pembantu Menteri Kerja Raya itu mengadakan tinjauan bagi mengenal pasti punca masalah limpahan air yang mengakibatkan kampung itu yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Semasa Robert melawat Kg Bingkor Baru, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bingkor Baru Florian @jai Ilon memberikan pencerahan lanjut kepada Robert mengenai kejadian banjir di kampung berkenaan.

"Hujan lebat yang berlaku malam Khamis hingga pagi Jumaat telah menyebabkan beberapa kampung di kawasan Bingkor menghadapi banjir kilat yang luar biasa. Rata-rata penduduk yang terkesan dengan banjir baru-baru ini juga memberitahu kejadian seperti ini tidak pernah berlaku.


LIHAT SENDIRI: Robert menjenguk rumah salah seorang penduduk yang dinaiki air banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

"Inilah kali pertama musibah ini berlaku dan mereka sifatkan ia kejadian luar biasa, " kata Florian.

Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said berkata, sejak masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dibina, itulah kali pertama kawasan masjid dilanda banjir sehingga menenggelamkan dapur dan dewan terbuka masjid.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.292534 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list