BANTUAN: Pasukan bomba menjalankan operasi membantu mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.
KINABATANGAN: Mayat wanita ditemukan tersangkut di pukat berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sinar Jaya, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.
Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi.
“Sebaik tiba, pasukan bomba diminta untuk memberikan bantuan mengambil dan mengeluarkan mayat wanita yang tersangkut di pukat berkenaan.
“Pasukan kemudian menyerahkan mayat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian dan menamatkan operasi pada jam 1.38 petang.
|