CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21834|Reply: 0

[Sabah] Sabah diyakini mampu membangun lebih hebat dibawah pimpinan GRS

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:59 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian yang hadir pada Majlis Amanat Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin merakamkan gambar kenangan sempena majlis itu.

SIPITANG: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yakin Sabah mempunyai peluang untuk maju seperti Sarawak kerana diterajui kerajaan yang stabil pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelas Yusof walaupun Sarawak jauh mendahului Sabah dari sudut pembangunan namun tidak mustahil Sabah juga dapat mencapainya kerana kunci utama kepada kemajuan ialah kesepakatan diantara parti-parti politik.

"Lihatlah kemajuan Sarawak hari ini yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS), banyak yang kita boleh contohi dan pelajari. Kesepakatan mereka (GPS) telah membuahkan hasil dan perjuangan menuntut hak-hak didengari kerajaan persekutuan.

"Sabah juga tidak kurang hebatnya dibawah kerajaan GRS, banyak perkara yang telah dan sedang kita perjuangkan malah sebahagian yang dituntut telah dikembalikan, hasil usaha pemimpin GRS bersama komponen parti gabungan, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin yang diadakan di perkarangan pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin di Quang Square, pada Jumaat.


AMANAT: Yusof menyampaikan amanatnya sempena majlis itu.

Mengulas lanjut, Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata, Sabah masih belum terlambat untuk mencapai kemajuan seperti Sarawak, yang penting katanya gabungan yang dibentuk harus diperkukuhkan lagi.

Jelasnya, Gagasan Rakyat sebagai sebuah parti dalam gabungan perlu mengukuhkan kedudukan di peringkat akar umbi dengan menambahkan lagi jumlah cawangan dan juga keahlian bagi membolehkan parti itu mendekati pengundi dengan lebih efektif.

Yusof berkata, setiap cawangan bukan sahaja perlu mendekati ahli tetapi juga pengundi muda baharu bagi memastikan golongan itu tidak tercicir dalam peredaran politik semasa agar mereka turut sama menyumbang dalam bidang itu.

Justeru beliau menggesa supaya cawangan baharu yang ditubuhkan nanti akan turut melibatkan bukan sahaja pengundi baharu tetapi juga sayap parti dari Beliawanis dan Pemuda bagi mengukuhkan cawangan itu sekaligus memperkasakan parti lagi.

Katanya, bagi memastikan kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sayap Pemuda dan Beliawanis disaran melaksanakan program-program baharu dengan pendekatan yang lebih menarik sekaligus menggalakkan anak muda berkecimpung dalam politik.


KEJUTAN: Jawatankuasa bahagian membuat kejutan meraikan hari lahir Ketua Bahagian sempena majlis itu.

Yusof juga berbangga dengan adanya gabungan seperti GRS dan juga Gagasan Rakyat yang sentiasa sepakat dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Sabah jika dibandingkan dengan parti lain yang kononnya berjuang demi kepentingan rakyat akan tetapi terbahagi kepada tiga kumpulan.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu dalaman parti berkenaan kerana umum mengetahui parti itu semakin kurang mendapat sokongan apatah lagi ingin meraih sokongan daripada pembangkang bagi membentuk kerjasama demi kepentingan peribadi dalam kumpulan parti itu.

Oleh itu Yusof percaya tidak ada parti lain setanding Gagasan Rakyat dan gabungan GRS yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, jika dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan negeri terdahulu.

Beliau juga yakin jika GRS diberikan mandat untuk terus menerajui kepimpinan Sabah dalam PRN akan datang tidak mustahil banyak lagi perkara yang boleh dicapai Sabah setanding negeri jiran di wilayah Borneo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049249 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list