CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21611|Reply: 0

[Sabah] Remaja lemas ketika mandi di Air Terjun Sepagaya

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:57 PM | Show all posts |Read mode




LEMAS: Pasukan bomba menjalankan operasi membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas melakukan aktiviti mandi bersama rakannya di Pusat Rekreasi Air Terjun Sepagaya, di sini pagi tadi.

Mangsa yang berumur 18 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mayatnya berjaya dikeluarkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi SAR.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai lemas ketika mandi-manda di air terjun bersama rakannya.

“Mangsa yang difahamkan tidak pandai berenang itu cuba diselamatkan oleh rakannya, namun gagal,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh kakitangan JPS dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Sumsoa menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti mandi-manda di sungai ketika ini ekoran musim hujan.

“Kita juga menasihatkan pusat-pusat rekreasi supaya mengambil langkah berjaga-jaga pada musim hujan ini dan sekiranya boleh menutup operasi sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059337 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list