CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21681|Reply: 0

[Sabah] PSKS diminta perhebatkan program kanser

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Juliah menyempurnakan gimik perasmian sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran pada Ahad.

TUARAN: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) diminta terus membantu untuk memperhebatkan lagi program kesedaran berkaitan kanser agar lebih ramai yang peka dengan penyakit itu di negeri ini.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag berkata, kesedaran awal mengenai penyakit ini akan membantu pencegahan dapat diambil dengan segera.

“Kanser adalah penyebab kematian yang kedua terbesar di dunia. Oleh itu, pengesanan awal dapat memberi peluang yang terbaik kepada pesakit untuk sembuh.

“Dengan pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara dan paru-paru, saya berharap persatuan akan terus memperhebatkan program seperti ini, bukan hanya di bandar, malah sehingga ke luar bandar,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2024 di Astaka Padang Tuaran di sini pada Ahad.

Beliau berkata, usaha PSKS melaksanakan program ini sejak tahun 2017 pada setiap 4 Februari amat dihargai dan sudah pasti telah banyak membantu memberi kesedaran mengenai penyakit kanser kepada rakyat di negeri ini.

“Seiring dengan tema sambutan Hari Kanser Sedunia tahun ini iaitu 'rapatkan jurang penjagaan kanser', yang jelas membawa mesej bahawa semua pesakit kanser harus mendapat kemudahan rawatan dan penjagaan yang saksama,” katanya.

Juliah juga memuji usaha persatuan ini yang bukan saja mengadakan program meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser, tetapi turut mengambil berat tentang kebajikan pesakit kanser.

“Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada pesakit kanser di rumah penginapan PSKS di Kingfisher Likas, meminjamkan peralatan seperti mesin oksigen, kerusi roda, hospital bed serta menyumbang susu khas kepada pesakit kanser yang memerlukan.

“Usaha seperti ini dapat membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan. Oleh itu, saya menyeru agar lebih ramai pihak termasuk orang perseorangan dan sektor swasta tampil untuk membantu usaha PSKS ini,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/04/psks-diminta-perhebatkan-program-kanser

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071929 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list