CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21637|Reply: 0

[Sabah] Sediakan kemudahan lebih kondusif kepada para penjaja

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode


PRIHATIN: Sim Fui (kiri) ketika melawat penjaja di perkarangan Dewan Masyarakat Damai.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada peniaga yang menjaja di kawasan perkarangan Dewan Masyarakat Damai.

Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui berkata, penjaja di sini asalnya menjaja di hadapan kedai Taman Sinar tetapi berpindah ke perkarangan dewan berkenaan.

"Penduduk di sekitar kawasan ini terpaksa berjalan kaki menyeberang jalan raya yang sibuk, ini agak menyusahkan orang ramai dan berbahaya.

"Saya berharap DBKK dapat menambah lintasan zebra dan lampu amaran di jalan berkenaan, agar membolehkan pejalan kaki melintas jalan dengan selamat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, jalan berkenaan adalah sibuk ketika musim persekolahan khususnya apabila tamat waktu pembelajaran.

Menurutnya, tanpa kemudahan yang sesuai untuk melintas jalan raya, ia berpotensi mengundang bahaya kepada orang awam.

Sim Fui berkata, dengan pangsapuri mewah yang bakal menerima penduduk dalam masa terdekat, sudah pasti laluan berkenaan semakin sibuk.

"Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan rancangan bagi meneliti semula kemudahan yang perlu diperkasakan bagi mempermudahkan suasana lalu lintas kepada pengguna jalan raya di lokasi terbabit.

"Kemudahan seperti kawasan berbumbung juga perlu dibangunkan pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan penjaja berniaga di kawasan itu. Kini penjaja terpaksa menggunakan khemah sendiri dan turut mengalami masalah bekalan air bersih," katanya.

Oleh itu katanya, penjaja dan juga orang awam di kawasan berkenaan memohon kepada kerajaan negeri agar sediakan kemudahan kawasan berbumbung untuk menjaja dan lintasan zebra demi kebaikan bersama.

Sim Fui yang juga Naib Presiden LDP berkata, sejak para penjaja dipindahkan ke lokasi berkenaan beberapa tahun lalu, para penjaja berhadapan dengan masalah air serta tiada kemudahan tandas awam.

Baru-baru ini, Sim Fui turut mengadakan tinjauan mesra ke lokasi berkenaan sempena dengan Tahun Baharu Cina 2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.250426 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list