CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21346|Reply: 0

[Sabah] Pembahagian kerusi parti-parti bekerjasama harus baru dan segar

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


EWON

SIPITANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick (gambar­) berkata, pembahagian kerusi antara parti-parti yang bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang haruslah baru dan segar.

Beliau berkata, ini penting bagi mengelak tuntutan kerusi lama dan memastikan pengagihan kerusi diagihkan dengan lebih adil diantara semua parti komponen yang bekerjasama pada PRN akan datang.

“Kita maklum semua parti akan mengemukakan pandangan dan tuntutan. Sebab itu saya mengatakan perbincangan itu haruslah sesuatu yang segar dan baru. UPKO sentiasa terbuka untuk berbincang bagi mencari titik persetujuan keatas tuntutan yang dikemukakan oleh setiap parti.

“Apa yang penting, parti yang baru dan gabungan yang baru diwujudkan itu tidak harus menuntut hanya kerana Adun yang berhijrah itu sudah berada dalam parti mereka, maka kerusi itu harus diberikan kepada gabungan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen UPKO Zon E (Sipitang dan Wilayah Persekutuan Labuah), di Pusat Kebudayaan  Lundayeh Sabah, Sipitang, di sini, kelmarin.

Sehubungan itu Ewon meminta supaya pembahagian kerusi dapat dibincangkan secara segar dan teliti semasa pilihan raya negeri akan datang.

“Perbincangan haruslah sesuatu yang segar dan baru apabila kita membincangkan soal kerjasama dalam PRN Sabah akan datang dan juga penentuan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti-parti yang bekerjasama dalam PRN akan datang,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan pembahagian kerusi itu juga penting kerana tidak ada gabungan yang sama komponennya yang ada sekarang berbanding dengan 2020, ia sudah jauh berbeza.

“Maka perbincangan pengagihan kerusi kerjasama politik semasa PRN nanti harus merupakan perbincangan baru. Tidak ada yang boleh mengatakan kerusi ini milik mereka hanya kerana Adunnya daripada parti itu yang telah berhijrah kepada parti baru dan satu gabungan parti baru telah diwujudkan selepas pilihan raya.

“Saya juga tidak setuju kemenangan kerusi-kerusi lama yang Adunnya memenangi kerusi itu atas tiket lain dan kini berhijrah kepada parti baru menjadi penentuan supaya kerusi itu harus milik gabungan berkenaan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.192504 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list