CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20885|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri menyokong penuh program kebudayaan masyarakat Cina

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Christina memalu gong sebagai simbolik rasminya majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan dan menggalakkan pembangunan serta perkembangan kesemua aktiviti kebudayaan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan galakkan kepada setiap kumpulan etnik di Sabah dalam usaha memelihara warisan kebudayaan, sekali gus mengukuhkan lagi budaya tolak ansur dan kepelbagaian kaum.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Karnival Tahun Baharu Cina 2024 di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Hajiji berharap masyarakat akan menyambut Tahun Baharu Cina dengan berjaya, kemakmuran dan keberanian pada Tahun Naga seperti dinyatakan dalam kalender zodiak Cina.

Pada masa sama, Hajiji mengingatkan sekali lagi agar masyarakat Cina perlu terus bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk bersama-sama bergerak kepada pembangunan Sabah.

"Saya yakin dengan sokongan rakyat, khususnya dari kalangan komuniti Cina, sokongan ini akan membolehkan kerajaan memperkasakan lagi ekonomi Sabah," katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memuji Penganjur Bersama, Gabungan Persatuan Cina Sabah (FACS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menjayakan karnival itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.888225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list