CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20863|Reply: 0

[Sabah] LDP gesa KUSKOP kemas kini prosedur pelaksanaan PROTEGE

[Copy link]
Post time 4-2-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Chin (enam kiri) dan pemimpin-pemimpin LDP yang lain merakamkan gambar kenangan bersama Ewon (enam kanan) semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menggesa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengemas kini prosedur pelaksanaan Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE).

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata, program berkenaan diwujudkan dengan hasrat yang baik, agar mampu memperkasa kemahiran keusahawanan para graduan sekolah selain kebolehpasaran mereka.

Katanya, PROTEGE mensasarkan mereka yang berjaya menamatkan persekolahan dan graduan yang kini bekerja tanpa sijil berkaitan.

"Program ini dilaksanakan selama lapan sehingga 12 bulan dimana para peserta akan memperkasakan kemahiran dalam latihan disediakan dan mereka layak menerima elaun subsidi RM2,000 setiap bulan.

"Bagaimanapun, LDP menerima banyak aduan mengenai program berkenaan, khususnya dari pihak kontraktor yang gagal untuk mengupah pelatih bersesuaian dengan mereka, walaupun iklan mengenai kekosongan kerja telah diiklankan di akhbar tempatan serta atas talian," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Chin berkata, salah satu sebabnya adalah majikan mahukan pelajar lepasan sekolah teknik dan bukan sekolah menengah.

Beliau berharap KUSKOP boleh mengemas kini program berkenaan dan menggalakkan pelajar teknik untuk melakukan latihan industri dengan syarikat kontraktor sebelum mereka menamatkan persekolahan.

"LPD juga mahu menjelaskan bahawa maklumat mengenai bantuan kerajaan tidak sampai kepada khalayak sasaran khususnya komuniti Cina.

"LDP mencadangkan agar agensi dibawah KUSKOP mengadakan seminar berkaitan untuk dikongsikan kepada komuniti Cina," katanya.

Dalam pada itu, Ewon menyambut baik cadangan LDP mengenai PROTEGE dan memberikan jaminan akan membincangkan perkara itu dengan pihak kementerian dalam masa terdekat.

Ewon turut berkongsikan maklumat-maklumat mengenai bantuan kerajaan khususnya kepada usahawan Kecil dan Sederhana serta syarikat besar.

Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat perniagaan pada setiap peringkat pembangunan yang berbeza.

Katanya, ia termasuklah bantuan subsidi kewangan, jentera, insentif mengurangkan kos operasi serta memperkasakan pesaingan, pada masa sama menggalakkan inovasi dan kelestarian.

Ewon turut menghargai cadangan dikemukakan LDP dan memberi jaminan akan mengutamakan pembangunan keusahawanan di Sabah, seterusnya meningkatkan kemakmuran ekonomi di negeri ini.

Baru-baru ini, Chin bersama Timbalan Presiden LDP Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib-Naib Presiden David Ong dan Sim Fui, Ketua Penerangan Simon Chin, Timbalan Setiausaha Agung Chin Soon Ho, Ketua Biro Aduan Pusat Chin Vun Pheaw, Ahli Majlis Tertinggi LDP Ng Kwan Loong dan pemimpin LDP yang lain mengadakan kunjungan hormat kepada Ewon di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066374 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list