CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5964|Reply: 0

[Sabah] Inisiatif projek Tamu Desa sediakan kemudahan infra usahawan kecil di luar bandar

[Copy link]
Post time 4-2-2024 07:04 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Ewon (tiga kanan) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Koperasi Pusat Komuniti Lundayeh Sabah Berhad sempena Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringkat Parlimen Sipitang sambil diperhatikan oleh Matbali (dua kanan) dan Yusof (tiga kiri).

SIPITANG: Inisiatif pelaksanaan projek tamu desa yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bermula tahun ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan infra kepada usahawan kecil di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan Perdana Menteri telahpun bersetuju dan mengumumkan bahawa KUSKOP akan melaksanakan inisiatif berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta sepertimana dalam Belanjawan 2024.

“Pada tahun lepas, saya telah mencadangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024 peruntukan bagi membina gerai-gerai usahawan kecil dan menaiktaraf kemudahan tamu-tamu desa di Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri telah bersetuju dan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk inisiatif ini bermula tahun ini.

“Seterusnya semasa sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Penampang pada bulan lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan agar saya dan KUSKOP diberi mandat melaksanakan inisiatif ini.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas mandat ini dan akan memastikan peruntukan ini dapat membantu membina kemudahan infra seperti gerai dan tamu-tamu usahawan kecil di luar bandar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Koperasi Peringkat Daerah Sipitang di sini, hari ini.

Bersempena dengan program itu, Ewon turut melancarkan Koperasi Pusat Komuniti Lundayeh Sabah Berhad dan seterusnya meninjau tapak cadangan tamu desa yang mahu dibangunkan oleh koperasi itu.

Ewon seterusnya meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk pembinaan gerai tamu desa.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yaacob; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rusli Jaafar dan Pengerusi Koperasi Pusat Komuniti Lundayeh Sabah Berhad Datuk Pangiran Lalung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052494 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list