CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5942|Reply: 0

[Sabah] Dua kanak-kanak ditemukan lemas ketika mandi sungai

[Copy link]
Post time 4-2-2024 07:00 PM | Show all posts |Read mode



MAUT: Mangsa kedua ditemukan lemas oleh ahli keluarganya pada jarak 30 meter dari lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Dua kanak-kanak yang melakukan aktiviti mandi di sungai Kampung Tabanak, di sini, meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan oleh ahli keluarganya dalam jarak 30 meter dari lokasi kejadian pada jam 11.32 pagi.

Manakala Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, disahkan meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang, semalam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi turut dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

"Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan terdapat dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, seorang daripada kanak-kanak terbabit ditemukan masih bernyawa pada hari kejadian, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Seorang lagi mangsa Mohammad Juiqram ditemukan oleh ahli keluarganya pada jam 11.30 pagi kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.974818 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list