CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5972|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak lelaki maut, seorang lagi masih hilang di sungai

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan SAR masih meneruskan operasi mencari seorang lagi mangsa dikhuatiri lemas.

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai melakukan aktiviti mandi di Sungai Kampung Tabanak, di sini, semalam.

Mangsa Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, seorang lagi rakan mangsa Mohammad Juiqram Julmasalleh yang juga berusia 11 tahun masih belum ditemukan.

Sumsoa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang, semalam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhilitan Lahad Datu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan terdapat dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, seorang daripada kanak-kanak terbabit ditemukan masih bernyawa pada hari kejadian, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Seorang lagi mangsa belum ditemukan pada hari kedua pencarian dan pasukan SAR masih meneruskan pencarian dengan menelusuri sungai sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Maklumat mengenai operasi SAR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list