CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6022|Reply: 0

[Sabah] Lima cara penjimatan wang sempena Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Masyarakat perlu bijak untuk berjimat ketika di setiap bulan perayaan agar mampu menyediakan kehidupan yang lebih harmoni.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam kenyataan menjelaskan perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut tidak lama lagi oleh itu, amalan jimat cermat perlu diamalkan.

Tidak dinafikan pada perayaan ini, ia pasti akan melibatkan keputusan kewangan terutamanya ketika membuat persediaan.

AKPK mahu berkongsikan cara-cara untuk berjimat cermat pada Tahun Baharu Cina ini.

Belanja lebih awal kerana ia menjimatkan wang, semakin dekat Tahun Baharu Cina, semakin mahal barangan perayaan.

Pergilah mencari perhiasan, pakaian baharu, makanan dan sebagainya pada peringkat awal.

Namun, terpulang kepada setiap individu berapa jumlah wang yang perlu dibelanjakan. Sesetengah barangan boleh dibeli lebih awal atau ketika jualan murah.
Rancang perjalanan lebih awal khususnya yang mahu pergi bercuti semasa Tahun Baharu Cina.

Lawatan berkumpulan, tiket penerbangan dan harga hotel selalunya naik semasa musim cuti, maka perbelanjaan perjalanan untuk seisi keluarga mungkin jauh lebih tinggi daripada biasa.

Anda boleh mengambil pakej lawatan tempatan atau tempah perjalanan dan hotel anda lebih awal untuk mengurangkan kos.

Atur juadah bawaan (Pot Luck) kerana mungkin harga makanan di restoran pada malam ambang Tahun Baharu Cina mungkin agak mahal.

Tambahan lagi, masa yang diberikan untuk anda menikmati hidangan dan berlama-lama dengan keluarga selepas itu pun terhad kerana mereka perlu membersihkan meja untuk pelanggan seterusnya.

Daripada tergesa-gesa makan malam bersama dan perlu pula membayar harga yang mahal, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk makan malam di rumah anda sendiri. Suasananya lebih kondusif untuk perbualan yang selesa.

Untuk memberikan angpau, pertimbangkan keadaan kewangan masing-masing dengan teliti sebelum memutuskan jumlah yang akan anda masukkan ke dalam paket merah untuk diagihkan semasa Tahun Baharu Cina.

Selain itu, sistem pengurusan wang tiga kotak mengajar pendidikan kewangan harus bermula dari awal dan inilah peluang yang baik untuk mengajar anak-anak cara mengendalikan sejumlah besar wang yang mereka ada sebagai asas pengurusan kewangan yang betul.

Agihkan jumlah itu ke dalam tiga kotak, iaitu Simpan, Belanja dan Kongsi, dengan memperuntukkan, sebagai contoh, 30 peratus untuk disimpan, 60 peratus untuk dibelanjakan dan 10 peratus untuk dikongsikan dengan orang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list