CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5994|Reply: 0

[Sabah] SESB prihatin kemudahan, kebajikan anggota kerja

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Mohd Yaakob ketika mengadakan majlis menandantangani MoU bersama lima hospital swasta.

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa prihatin dengan kemudahan dan kebajikan angota kerja yang berkhidmat di syarikat itu.

Antara kemudahan yang terus diberikan perhatian adalah kemudahan perubatan kepada anggota kerja dan keluarga mereka yang layak berdasarkan kepada peraturan sedia ada.

Yang Di-pertua Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) SESB Ir. Sudalli Sabtuahim berkata, pihaknya menyambut baik langkah menambah baik tawaran yang diberikan oleh hospital swasta dilantik sebagai panel perubatan SESB.

Katanya, KJJ menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan SESB dan berterima kasih kerana mengambil berat kebajikan anggota kerja.

“Kita bersyukur kerana tidak ada penarikan balik kebajikan dan kemudahan yang sekian lama dinikmati oleh segenap lapisan anggota kerja SESB.

“Perubahan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan hanya melibatkan kemaskini tatacara bagi mengoptimakan kos operasi syarikat,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, KJJ dan pengurusan SESB sentiasa seiring bagi memastikan kebajikan dan kemudahan anggota kerja sentiasa terjaga.

“Ia secara tidak langsung dapat menyumbang penambahbaikan perkhidmatan SESB dan pembangunan negeri khususnya dalam memberikan bekalan tenaga yang berdayaharap untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Terdahulu, SESB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ir. Mohd Yaakob Haji Jaafar dan Setiausaha Syarikat Hajah Zunaidah Osman telah menandantangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama lima hospital swasta iaitu Hospital KPJ Kota Kinabalu, Hospital Gleanegals, Hospital Jesselton, Hospital Raflesia dan Pusat Perubatan Tawau.

Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung di Dewan Persidangan SESB, Wisma SESB pada 2 Februari baru-baru ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list