CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5970|Reply: 1

[Sabah] Citadines Waterfront Kota Kinabalu tawar pengalaman terbaik kepada pelanggan

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode


INDAH: Pemandangan matahari terbenam yang boleh dinikmati pelanggan.

KOTA KINABALU: Bandaraya ini kini mempunyai 'Residents Lounge' bertaraf antarabangsa ditawarkan kepada para pelancong dalam dan luar negara.

Citadines Waterfront Kota Kinabalu terletak di tengah-tengah bandaraya ini, kemudahan disediakan menawarkan pemandangan mahatahari terbenam dan lautan yang sememangnya menarik perhatian para pelancong.

Pengurus Residence Laurentius Bansing berkata, konsep yang digunapakai untuk menyediakan suasana keselesaan kepada para pengunjung adalah yang pertama di bandaraya ini.


TENANG: Suasana kolam renang yang boleh digunakan pelanggan sambil menikmati pemandangan laut.

"Ia sangat sesuai kepada pelancong yang mahu tinggal untuk satu tempoh masa yang panjang ataupun sebaliknya.

"Walaupun kami masih baharu di sini, tetapi kami yakin boleh menjadi salah satu pengusaha pelancongan terbaik di Sabah," katanya ketika ditemui pada Majlis Pre-Opening Cocktail Reception di sini, semalam.



LUAS: Ballroom yang sesuai untuk melaksanakan pelbagai majlis.

Beliau berkata, Citadines Waterfront Kota Kinabalu akan beroperasi secara rasminya pada 8 Februari 2024.

"Kita mahu memperkenalkan sebuah hotel kepada pelanggan bahawa suasana penginapan di sini adalah kondusif dan sama seperti dalam rumah masing-masing," katanya.

Citadines Waterfront Kota Kinabalu terletak dihadapan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) dan berdekatan dengan Pasar Besar Kota Kinabalu.



MENARIK: Ruangan beranda yang boleh diakses oleh para pelanggan.

Ia hanya memerlukan 10 minit memandu untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Ia juga terletak berhampiran dengan pusat beli belah seperti Suria Sabah, Centre Point Sabah, Imago selain kawasan sekitarnya adalah menjadi tumpuan para pelancong.

Ia juga berdekatan dengan jeti pelancongan yang membawa pelancong ke pulau seperti Pulau Manukan, Sapi dan banyak lagi.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/03/citadines-waterfront-kota-kinabalu-tawar-pengalaman-terbaik-kepada-pelanggan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2024 06:49 PM | Show all posts


LUAS: Ruangan yang besar menyediakan suasana yang selesa kepada para pelanggan.

Citadines Waterfront Kota Kinabalu menawarkan sejumlah 396 bilik dengan lapan jenis bilik keseluruhannya.

Antaranya dari Studio Premier Queen, Studio Premier Queen dengan pemandangan laut, Studio Premier Twin, Studio Premier Twin dengan pemandangan laut, One Bedroom Premier Twin, One Bedroom Premier Queen, One Bedroom Premier King serta One Bedroom Premier King dengan pemandangan laut.

Antara kemudahan yang disediakan kepada para pelanggan adalah kolam renang, kafe, pusat gimnasium, bilik mesyuarat, ballroom dan banyak lagi.



LENGKAP: Bilik turut dilengkapi kemudahan-kemudahan asas untuk setiap isi rumah.


Bilik yang disediakan Citadines Waterfront Kota Kinabalu juga adalah mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) memandangkan terdapat bilik yang khusus kepada golongan OKU.



SELESA: Ruang tamu yang disediakan turut memberikan suasana ketenangan kepada para pelanggan.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, para pelanggan boleh melayari laman sesawang https://www.discoverasr.com/en/c ... nes-waterfront-k... .



BAKAL BEROPERASI: Citadines Waterfront Kota Kinabalu akan beroperasi secara rasmi pada 8 Februari 2024.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... ik-kepada-pelanggan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058573 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list