CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5675|Reply: 0

[Borneo] Chieng gesa siasat segera kes pegawai polis disyaki tipu hampir RM500,000

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode


Chieng (kanan) bersama mangsa yang hadir pada sidang media di Sibu, hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan kes seorang pegawai polis di sini yang disyaki menipu seorang lelaki membabitkan jumlah hampir RM500,000.

Menurutnya, mangsa berusia 60-an telah membuat laporan polis berkenaan kes itu pada 3 Januari 2024.

"Polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur).

"Memandangkan kes ini membimbangkan orang ramai, saya menggesa pihak polis supaya menyiasat kes ini dengan kadar segera dan memberi keadilan kepada mangsa serta jawapan kepada masyarakat kerana kes ini melibatkan pegawai polis," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Chieng berkata, selepas Tahun Baharu Cina ini beliau akan mengatur kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan melaporkan kepadanya keseriusan kes itu dan kes penipuan yang semakin meningkat di Sibu.

"Pada masa yang sama, sebagai ADUN N.51 Bukit Assek, saya juga akan membangkitkan isu ini di Persidangan DUN pada Mei nanti kerana ia telah merugikan rakyat Sarawak," tegasnya.

Beliau menjelaskan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini memberitahu sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian dengan kerugian berjumlah RM1.3 bilion direkodkan dari Januari hingga November 2023.

Menurut laporan akhbar sebelum ini ujarnya, polis telah membuka 1,918 kertas siasatan untuk menyiasat kes jenayah komersial dalam tempoh 15 hari pertama tahun ini, dengan kerugian setinggi RM92,135,144 meningkat 42.7 peratus berbanding tahun lalu.

"Datuk Seri Ramli berkata pada sidang akhbar baru-baru ini bahawa kes penipuan merupakan sebahagian besar daripada kes ini, dengan sejumlah 1,654 atau 86.2 peratus kertas siasatan dibuka, meningkat 53 peratus daripada yang sama tempoh tahun lepas," katanya.

Berbalik kepada kes pegawai polis di Sibu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan itu, Chieng memberi jaminan beliau akan terus mengikuti perkembangan kes itu.
"Saya menggesa rakyat Sibu untuk terus berwaspada, jangan mudah terperdaya dengan apa-apa tawaran dan sebagainya yang merupakan jerat untuk merangkap anda," tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.230697 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list