CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5290|Reply: 0

[Sabah] 12 pesalah dadah ditahan dalam Op Tapis Khas IPD Penampang

  [Copy link]
Post time 4-2-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Bekalan dadah yang dirampas sepanjang operasi dijalankan.

PENAMPANG: Seramai 12 individu yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas bil. 1/ 2024 Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, operasi yang dijalankan bermula 29 sehingga 31 Januari itu dilaksanakan di tiga lokasi berbeza sekitar Puatan dan Penampang.

“Sepanjang operasi selama tiga hari itu, BSJN IPD Penampang membuat pemeriksaan terhadap 15 individu.

“Hasil pemeriksaan lanjut menahan 12 lelaki berumur 20 sehingga 59 tahun membabitkan pelbagai kesalahan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dalam operasi sama, pihak polis juga berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 5.45 gram dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan masyarakat terutamanya ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala
penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai juga diminta untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah di sini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.058351 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list