CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24817|Reply: 0

[Kedah] Langkawi pulau kesembilan terbaik dunia

[Copy link]
Post time 3-2-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

LANGKAWI – Anugerah Pulau Kesembilan Terbaik di Dunia 2023 yang disandang oleh pulau peranginan ini akan membuka ruang kepada lebih banyak pengiktirafan dunia untuk pulau ini.

Anugerah Terbaik Dunia 2023 itu diberikan oleh majalah pelancongan antarabangsa, Travel + Leisure.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, pembaca majalah tersebut dianggarkan berjumlah 4.8 juta di seluruh dunia.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada Langkawi dan negeri Kedah. Tahniah kepada semua komuniti Langkawi, agensi persekutuan dan negeri, pemain industri pelancongan dan syarikat-syarikat yang memberikan sokongan dan sumbangan untuk menjadikan Langkawi pulau percutian bertaraf antarabangsa.

“Dengan pengiktirafan ini, ia akan menjadi satu tanda Langkawi akan menerima lebih banyak lagi anugerah-anugerah bertaraf antarabangsa dan merancakkan lagi pelancongan dan perancangan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025 nanti,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Program Mikio Trip Langkawi 2024 di Bella Vista Waterfront Resort, di sini malam tadi.

Sementara itu, program tersebut yang dianjurkan oleh Mimi Suri Heritage Sdn. Bhd. itu membawa kira-kira 300 orang ejen jualannya untuk bercuti di Langkawi dilihat turut menyokong usaha kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025.

Beliau berkata, program berkaitan syarikat yang berpangkalan di negeri ini itu dijalankan di dalam negeri ini dapat menyokong industri pelancongan tempatan.

Beliau turut menyeru syarikat-syarikat yang berada di Kedah untuk mencontohi syarikat ini untuk mengadakan program di dalam negeri, terutamanya di Langkawi bagi merancakkan sektor pelancongan di sini. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ilan-terbaik-dunia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list