CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26949|Reply: 0

[Perlis] Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih

[Copy link]
Post time 3-2-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih

03 Februari 2024 03:17pm



Pelaris bakal mewujudkan stesen minyak mudah alih menerusi projek Portable Container System (PCS) dengan usaha sama Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).Gambar hiasan




KUALA PERLIS - Persatuan Nelayan Negeri Perlis (Pelaris) bakal mewujudkan stesen minyak mudah alih menerusi projek Portable Container System (PCS) dengan usaha sama Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, usaha itu dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.



“PCS merupakan stesen minyak mudah alih yang dapat membekalkan petroleum secara sementara di kawasan-kawasan yang dibenarkan oleh kerajaan. Pemilikan tanah untuk projek PCS itu diluluskan oleh LKIM kepada persatuan nelayan ini semasa saya menjadi Pengerusi LKIM sebelum ini (2018-2020).

“Projek ini dilihat sebagai satu peluang bijak yang diambil oleh Pelaris sebagai badan yang menjaga kebajikan nelayan di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.



Muhammad Faiz berkata, PCS juga memberi manfaat kepada nelayan menerusi penjimatan kos mobiliti kerana tidak perlu lagi bergerak jauh untuk mendapatkan bahan api.

"Projek PCS ini, insya-ALLAH akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat pada tahun ini bagi memudahkan nelayan untuk mendapatkan bekalan minyak di kawasan berhampiran," katanya yang turut memaklumkan terdapat lebih 4,000 nelayan di Perlis. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list