CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16794|Reply: 0

[Selangor] 12 ditahan bakar mercun tengah jalan

[Copy link]
Post time 3-2-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar individu membakar mercun di tengah jalan raya.

PETALING JAYA – Seramai 12 individu ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian membakar mercun di tengah jalan raya sekitar Jalan Kayu Ara, Damansara di sini, malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 22 saat yang menunjukkan seorang lelaki membakar mercun sambil menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

“Selepas kejadian membakar mercun, terdapat konvoi beberapa motosikal yang mengiringi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang menggantung sepanduk berunsurkan gengsterisme.

“Hasil siasatan mendapati video itu dimuat naik satu pemilik akaun media sosial Facebook pada 2 petang Selasa dan kejadian dikesan berlaku di Kayu Ara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Berdasarkan maklumat dan risikan pasukan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya, pihaknya berjaya menahan 12 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, Selasa lalu.

“Individu berkenaan berusia 22 hingga 68 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Ara, di sini bersama kenderaan Toyota Vellfire dan alat kawalan jauh.

“Semakan lanjut mendapati enam suspek mempunyai rekod lampau termasuk kes jenayah, dadah, dikehendaki dan kes komersil di Penampang, Sabah,” jelasnya.

Menurut Fakhrudin, tiga suspek dibenarkan reman sehari manakala selebihnya direman empat hari sehingga Isnin ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(A) Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ercun-tengah-jalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list