CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27050|Reply: 0

[Perlis] Guna nama pusat beli belah terkenal jual barang tiruan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Guna nama pusat beli belah terkenal jual barang tiruan


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Muhammad menunjukkan barangan tiruan yang dirampas dari sindiket yang menggunakan jenama pusat membeli belah Suria KLCC dalam sidang media di IPK Perlis, Kangar.FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: 'Bertopengkan' laman Facebook jenama pusat membeli belah terkenal, sepasang suami isteri dicekup selepas melakukan penipuan ketika menjual barangan dalam talian.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket beroperasi di Selangor itu ditahan Rabu lalu.

Menurutnya, penipuan terbongkar apabila mangsa, seorang lelaki berusia 40an dari Kangar membuat laporan polis pada 23 Januari lalu di Balai Polis Kangar.

"Mangsa mendakwa terpedaya membeli minyak wangi tiruan berjenama Dior Sauvage selepas menekan pautan disediakan sindiket di Facebook pada 9 Januari lalu.

"Mangsa terjumpa laman pusat membeli belah berkenaan dan menyangkanya ia sebagai sah sebelum mengisi butiran diri untuk membeli minyak wangi berharga RM200 yang diberi diskaun 60 peratus daripada harga sebenar," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.

"Apabila urusan pembelian menerusi aplikasi itu mengambil masa lama, mangsa kemudiannya tidak meneruskan pembelian dan keluar dari aplikasi berkenaan.

"Tanpa disedari, segala butiran mangsa itu sebenarnya sudah pun diterima oleh sindiket dan pada 17 Januari lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada syarikat perkhidmatan penghantaran barangan.

"Dalam panggilan itu menyatakan bahawa pesanan minyak wangi mangsa akan dihantar ke alamat rumah mangsa menggunakan kaedah tunai ketika hantar (COD) dan mangsa pun membayar barangan yang disangka tidak berjaya dilakukan pada aplikasi sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang memeriksa barangan berkenaan mengesyaki minyak wangi yang diterima itu adalah tiruan.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan susulan itu, pada 31 Januari lalu, kita menyerbu sebuah premis gudang di Sekinchan, Selangor dan merampas sejumlah besar barangan tiruan seperti minyak wangi, jam tangan mewah jenama Rolex, fon kepala dan fon telinga dalam premis itu.

"Dalam serbuan kita menahan seorang lelaki berusia 50an sebelum menahan pula isterinya warga Vietnam berusia 30an hari ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas komputer, modem internet dimana nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM214,051.

"Suspek utama direman sehingga 5 Februari manakala isterinya masih ditahan serta dalam proses permohonan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan samaran," katanya.



Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 8:01pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082516 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list