CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7146|Reply: 1

[Kedah] Tiga tentera maut nahas empat kenderaan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Tiga tentera maut nahas empat kenderaan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
02 Februari 2024 12:55pm




Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Lebuhraya Plus arah Utara, di Gurun pada Jumaat. Foto JBPM Kedah




GURUN - Tiga anggota tentera maut dalam nahas empat kenderaan melibatkan tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Plus arah Utara, di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, ketiga-ketiga mangsa termasuk pemandu trak tentera berusia antara 30 hingga 40-an disahkan maut di tempat kejadian.



Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan seorang pemandu lori cedera di bahagian kepala dan badan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk rawatan lanjut.

"Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan pada jam 10.22 pagi melalui MERS 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian.



"Susulan itu, sepasukan 10 anggota BBP Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan II Awa Suziana Abd Wahid bersama jentera dan bantuan enam anggota BBP Pendang digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) melaporkan terdapat empat kenderaan membabitkan tiga trak tentera dan sebuah lori terbabit dalam kemalangan.

Mohd Fauzi menambah, PKO melaporkan terdapat empat mangsa iaitu pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan, manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kata Mohd Fauzi, operasi mengeluarkan mangsa telah selesai dan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan sedang dilakukan di lokasi kejadian.


Katanya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2024 01:55 PM | Show all posts

LOKASI kemalangan... FOTO Ihsan Pembaca
kredit - Harian metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.651128 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list