CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7033|Reply: 0

[Sabah] SPRM tahan dua beranak terima rasuah RM10,000

[Copy link]
Post time 2-2-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode


S.KARUNANITHY

KOTA KINABALU: Dua beranak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berumur 20 hingga 40-an itu memperoleh wang berkenaan dengan memperdaya orang ramai membabitkan permohonan rumah skim Program Perumahan Rakyat.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Sandakan.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar tahun 2023 iaitu meminta sejumlah wang daripada orang ramai dengan menjanjikan rumah mesra rakyat.

“Suspek turut menjanjikan pemberian insentif seperti perkakasan rumah sekiranya para pemohon dapat menarik lebih ramai orang,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, semua wang rasuah berkenaan diterima melalui bayaran tunai atau pindahan bank ke akaun isteri suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Beberapa tangkapan lagi dijangka akan dibuat susulan kes ini dan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.190204 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list