CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6839|Reply: 0

[Sabah] Lengan tertusuk anak panah ketika tangkap ikan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode


TERTUSUK: Keadaan lengan kanan mangsa selepas tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, di sini.

KOTA BELUD: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam selepas lengan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, di sini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, mangsa berumur 25 tahun yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah terbabit.

“Kita menerima panggilan dari Kecemasan daripada pihak Hospital Kota Belud pada jam 11.59 malam.

“Bertindak dengan kes ini, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi berkenaan.

"Seorang lelaki tertusuk panah di lengan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan dihantar di hospital.

"Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada 12.33 tengah malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050679 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list