CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4130|Reply: 0

[Sabah] Dua individu menyamar polis berjaya ditahan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek lelaki terbabit berjaya diberkas oleh polis.

TAWAU: Dua individu termasuk wanita ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun seorang lelaki di Pasar Batu 5, Jalan Apas, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa berusia 22 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum didatangi dua individu terbabit.  

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan memakai vest polis.

Katanya, suspek terus merampas telefon bimbit, sebelum menampar dan menumbuk pipi sebelah kiri mangsa.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami lebam di bahagian mata, selain menerima ugutan daripada suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


RAMPAS: Polis rampas beg dan jaket suspek lelaki terbabit.

Jasmin berkata, bertindak atas laporan itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan suspek lelaki berusia 28 tahun di Kampung Muhibbah Raya, Jalan Kuhara, semalam.

“Hasil siasatan ke atas suspek lelaki terbabit, pasukan polis turut menahan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Polis turut merampas beg warna hitam dan sehelai jaket milik suspek lelaki. Semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau terbabit judi,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 dan Seksyen 170 kanun yang sama.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak sewenang-wenangnya menyamar sebagai penjawat awam kerana ia satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindak undang-undang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.800788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list