CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 0

[Kedah] Polis gempur 'port', 60 penagih ditahan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Polis gempur 'port', 60 penagih ditahan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LOKASI yang dipercayai menjadi sarang penagih yang diserbu polis. FOTO Ihsan PDRM




Sungai Petani: Tiga sarang penagih dan enam lokasi yang dipercayai menjadi 'hot spot' aktiviti penagihan dadah di daerah ini digempur polis dalam Op Tapis selama tiga hari yang berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, operasi Op Tapis Khas itu dilakukan dalam usaha membanteras aktiviti dadah di daerah ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan seramai 60 individu membabitkan tokan, penagih, dan orang dikehendaki selain merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6,500.

"Dadah jenis heroin seberat 57.40 gram dan dadah syabu seberat 23.96 gram turut dirampas.

"Dalam operasi itu, lebih 180 pemeriksaan individu dilakukan di kawasan tumpuan penagih (sarang penagih) dan kawasan hot spot sekitar daerah Kuala Muda terutamanya di Taman Ria Jaya, ladang kelapa sawit di kawasan Gurun dan Sungai Petani, Taman Sri Wang, selain jeti di sekitar Kota Kuala Muda, serta kawasan perumahan dan beberapa kampung menjadi tumpuan penagih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, operasi khas itu membabitkan kekuatan dua pegawai dan 27 anggota yang bertujuan mengesan dan menangkap tokan dadah, menggempur lokasi tumpuan penagih dadah.

Beliau berkata, selain itu tindakan turut diambil terhadap penagih tegar mengikut Seksyen 39C ADB 1952, serta Seksyen 39B ADB 1952 terhadap pengedar dadah yang dikenal pasti.

"Pelaksanaan operasi ini selari dengan mengesan dan menangkap pesalah dadah yang dikenal pasti terbabit dengan aktiviti jenayah indeks di kawasan daerah Kuala Muda terutamanya kes membabitkan pecah rumah, curi kenderaan, pecah tabung masjid, dan lain-lain kesalahan jenayah lain.

"Daripada keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Op Tapis Khas itu, dua individu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, lima individu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952, lima disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

"12 individu disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, dan 36 individu disiasat di Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan
ini tidak termasuk tiga individu yang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang membawa kepada hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan tidak lebih 3 kali sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

Zaidy berkata, selain itu, daripada keseluruhan tangkapan terbabit, seramai 12 individu didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan dipercayai mempunyai rekod kesalahan jenayah seperti pecah rumah dan curi.

Beliau berkata, tindakan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39C ADB 1952.

"Berdasarkan keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi ini, dianggarkan mampu menampung seramai 265 pengguna dadah.

"Sepanjang tempoh tahun 2023, polis daerah Kuala Muda berjaya melakukan tangkapan seramai 2,585 individu dalam pelbagai kesalahan termasuk 16 diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan 95 dan dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952.



Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 11:34am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list