CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8274|Reply: 0

[Kedah] JAS sita premis proses sisa elektronik haram

[Copy link]
Post time 1-2-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-2-2024 12:42 PM

JAS sita premis proses sisa elektronik haram


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SEBANYAK 214 palet buangan terjadual yang dipercayai buangan elektronik dengan berat anggaran sebanyak 170 metrik tan disita. FOTO ihsan JAS




Sungai Petani: Sebuah premis di Kawasan Perusahaan Bukit Selambau di sini, disita Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, semalam kerana menjalankan aktiviti penstoran dan pemerolehan buangan elektronik tanpa lesen.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemeriksaan dalam serbuan jam 1.30 petang itu mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti peleburan sekerap logam.

Beliau berkata, premis itu pernah memohon dan mendapat Kelulusan Laporan EIA pada 28 Mac 2022 bagi menjalankan proses pulih guna buangan-buangan terjadual sekerap logam.

"Bagaimanapun, premis itu didapati gagal memohon lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan mendapatkan lain-lain kelulusan serta kebenaran bagi alat-alat kawalan pencemaran.

"Serbuan turut menyita 214 palet buangan terjadual yang dipercayai buangan elektronik seberat 170 metrik tan.

"Malah premis itu disyaki cuba untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan elektronik dengan mencampurkan buangan terjadual tersebut dengan sekerap logam di dalam aktiviti peleburan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, berdasarkan pemerhatian kemungkinan sisa elektrik dan elektronik terbabit diimport secara secara haram melalui pintu masuk ke negara ini.

"Buangan elektronik itu adalah buangan terjadual dengan kod buangan SW 110 berdasarkan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"Sebarang aktiviti penstoran luar tapak atau pemerolehan kembali buangan terjadual memerlukan Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan kelulusan Lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, pemerolehan buangan terjadual secara haram tanpa alat-alat kawalan pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan sekitar.

Beliau berkata, selain itu, aktiviti terbabit juga berpotensi menyebabkan pencemaran logam berat kepada udara, tanah, sumber air bawah tanah dan sungai seterusnya boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjadi kemudahan penstoran luar buangan terjadual tanpa mendapat sebarang lesen daripada Jabatan Alam Sekitar.

"Kesalahan itu di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18(3) Akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000.00 dan penjara tidak melebihi daripada dua tahun.

"Bagi Seksyen 34A (6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melanggar syarat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EI) dan Kesalahan di bawah Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34(8) Akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi daripada lima tahun atau kedua-duanya," katanya.



Disiarkan pada: Februari 1, 2024 @ 12:32pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.312125 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list