View: 8756|Reply: 0
|
Liverpool semakin hampir 'mencium' trofi EPL
[Copy link]
|
|
DOMINIK Szoboszlai menanduk masuk jaringan ketiga buat Liverpool. FOTO Agensi
Liverpool: Berita pemergian Jurgen Klopp yang akan meninggalkan Liverpool sebaik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir musim ini langsung tidak menjejaskan prestasi pasukan apabila berjaya membelasah Chelsea 4-1 di Anfield.
Klopp yang memutuskan untuk mencari haluan baharu pada musim depan menyaksikan anak buahnya beraksi cukup baik sekaligus semakin menghampiri gelaran liga musim ini.
Malah ia dianggap hadiah terbaik buat Klopp sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong skuad The Reds.
Dalam aksi itu, Conor Bradley mencuri perhatian apabila bek kanan berusia 20 tahun itu meledak satu gol dan membantu jaringan Dominik Szoboszlai selepas Diogo Jota membuka jaringan.
Christopher Nkunku merapatkan jurang untuk Chelsea, tetapi Luis Diaz memastikan kemenangan selesa buat pasukannya untuk melebarkan jurang di tangga teratas liga.
Darwin Nunez turut mempunyai peluang untuk membolosi gawang Chelsea, namun empat percubaannya terkena tiang gol, termasuk sepakan penalti di babak pertama.
Kemenangan itu mengembalikan kelebihan lima mata Liverpool ke atas Manchester City, yang bermain kurang satu perlawanan dan Arsenal.
Ketiadaan Mohamed Salah yang cedera juga tidak dirasai apabila Jota dan Nunez menampilkan persembahan meyakinkan di barisan hadapan.
Manakala kehadiran Bradley menghalang Trent Alexander-Arnold daripada kembali membarisi kesebelasan utama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-mencium-trofi-epl |
|
|
|
|
|
|
| |
|