CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3653|Reply: 0

[Kedah] El Nino: 9 kawasan di Langkawi hadapi gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 31-1-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode
El Nino: 9 kawasan di Langkawi hadapi gangguan bekalan air


Oleh Hamzah Osman - Januari 31, 2024 @ 4:19pm  bhnews@bh.com.my




Foto fail NSTP




LANGKAWI: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) menyenaraikan sembilan kawasan termasuk zon tumpuan pelancong di pulau ini berdepan gangguan bekalan air akibat fenomena El Nino.

Kawasan terbabit adalah Pekan Kuah, Kisap, Kilim, Perana, Bayas, Ulu Melaka, Temoyong, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar.

Dalam kenyataan hari ini, SADA, berkata musim kemarau panjang dan kering atau fenomena El Nino sedang melanda negara, khususnya di utara Semenanjung.

"Paras air Sungai Melaka di Pulau Langkawi semakin menyusut dan secara tidak langsung memberi kesukaran kepada SADA untuk memenuhi permintaan air terawat.

"Permintaan bekalan air terawat oleh pengguna semakin meningkat, khususnya menjelang cuti perayaan sambutan Tahun Baharu Cina dan persekolahan tidak lama lagi," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, SADA berkata, produksi pengeluaran semua Loji Rawatan Air (LRA) di Pulau Langkawi juga menunjukkan trend penurunan dan dijangka akan berlarutan sehingga paras Sungai Melaka kembali normal.

"Keadaan lebih terkesan apabila berlaku pertambahan lokasi kebocoran paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air terawat ke Pulau Langkawi dari LRA Sungai Baru, Perlis yang memberi kesan langsung kepada pengagihan air.

"SADA menasihatkan pengguna di Pulau Langkawi lebih berhemah ketika menggunakan air untuk aktiviti harian sepanjang musim kemarau ini yang dijangka berlanjutan bagi menjamin bekalan air tidak terganggu," katanya.

Sebarang aduan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian hotline di1300 88 0017 dan Bilik Gerakan Langkawi di 04-9610546.

Maklumat gangguan bekalan air turut dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform digital rasmi Facebook dan TikTok SADA serta laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.187240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list