CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4016|Reply: 0

[Pulau Pinang] Anjing tular gigit budak sekolah sudah dipindah tuan

[Copy link]
Post time 31-1-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan ketika diserang anjing di Taman Pekatra Indah, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Seekor anjing yang tular menggigit seorang pelajar perempuan di kawasan perumahan Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat di sini dipercayai telah dipindahkan pemiliknya ke sebuah pusat perlindungan haiwan di Butterworth.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), satu pemeriksaan telah dijalankan di rumah pemilik anjing itu sejak semalam namun gagal menjumpai haiwan tersebut.

Ketika ini katanya, satu siasatan lanjut akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar keberadaan anjing

“Satu kompaun akan turut dikeluarkan kepada pemilik anjing itu kerana telah menyebabkan kacau ganggu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Berhubung kes gigitan anjing pula, perkara ini adalah di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan mangsa dinasihatkan untuk membuat rawatan dan pemeriksaan susulan di klinik atau hospital berhampiran.

“Untuk pengetahuan, kes ini juga akan disalurkan kepada pihak JPV untuk tindakan lanjut di bawah Protokol Veterinar Malaysia,” katanya di sini, lewat malam tadi.

Terdahulu, dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu yang masing-masing berdurasi dua minit dan satu minit 18 saat tular di laman X sejak petang semalam.

Rakaman yang dibuat di kawasan Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat di Seberang Perai Selatan (SPS) itu menunjukkan dua orang kanak-kanak perempuan berpakaian sekolah sedang berjalan kaki sebelum salah seorang daripada mereka diserang seekor anjing secara tiba-tiba.

Rakaman video yang sama juga menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemilik anjing itu cuba meleraikan keadaan, namun tindakannya dipertikaikan pengguna media sosial kerana dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... udah-dipindah-tuan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059900 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list