CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5764|Reply: 0

[Kedah] Petani rugi ratusan ribu ringgit, padi diserang penyakit

[Copy link]
Post time 31-1-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Petani rugi ratusan ribu ringgit, padi diserang penyakit

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
31 Januari 2024 02:56pm




Kebanyakan petani berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit akibat tanaman padi hampa atau tidak berisi.




YAN - Kira-kira 20 petani di daerah Yan dan Kuala Muda mendakwa berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit berikutan padi yang diusahakan di kawasan seluas lebih kurang 30 hektar menjadi hampa atau tidak berisi akibat diserang penyakit.

Salah seorang petani, Peng Poh Keat, 50, mendakwa, tanaman yang diusahakan dekat Kampung Padang Makau di sini disedari tidak berisi ketika berusia melebihi 80 hari.



Dia yang berpengalaman lebih 30 tahun mengusahakan tanaman itu khuatir untuk meneruskan proses menuai walaupun kini telah mencapai tempoh matang iaitu lebih 100 hari kerana bimbang menanggung kerugian lebih besar.


Beberapa petani menunjukkan sebahagian hasil tanaman yang tidak berisi menyebabkan kebanyakannya berdepan kerugian.




"Kulit padi menjadi warna kuning bercampur hitam dan ringan. Sepatutnya sudah boleh tuai tapi terpaksa tangguh dulu, lepas ini mahu tidak mahu saya tetap perlu keluarkan kos untuk upah jentera menuai walaupun tiada hasil.



"Kerugian bakal mencecah lebih RM56,000, bukan jumlah yang kecil.

"Saya harap pihak berkaitan boleh mencari penyelesaian bagaimana penyakit ini terjadi supaya tidak berulang,"dakwanya.


Har Khai Hong memeriksa padi yang dikatakan hampa atau tidak berisi selain berwarna kuning kehitaman dan ringan.





Har Khai Hong, 65, mendakwa, kira-kira lima dari 17 hektar padi yang diusahakan di Semeling telah diserang penyakit sama dan sebahagian daripada 2.5 hektar di Yan turut terjejas.

Khai Hong yang berpengalaman 50 tahun mengusahakan padi mendakwa, vareiti benih padi, baja dan racun jenis sama digunakan seperti penanaman musim lalu, namun tidak tahu mengapa kali ini tidak menjadi.


Law Ah Hoo menunjukkan sebahagian padi yang terhasil tidak berisi.




Selain itu, Law Ah Hoo, 72, mendakwa, tanaman seluas tiga hektar yang diusahakan di Kampung Padang Makau turut diserang penyakit sama.

"Kami rasa bimbang kerana Tahun Baharu Cina makin hampir tetapi padi pula tak ada isi, rugi banyak kali ini," dakwanya.



Selain itu, Wong Yoke Long, 63, mendakwa, sawah padinya dekat Jalan Titi Serong di sini turut terkena penyakit sama dan memohon tindakan pihak perhatian agar masalah itu tidak berulang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd Rosdi Yahaya berkata, serangan penyakit tersebut menyebabkan butir padi menjadi hampa atau tidak berisi seterusnya mengurangkan berat timbangan selepas tanaman dituai.

"Ini menyebabkan hasil tuaian padi pada musim ini berkurang kira-kira 50 peratus dan merupakan kejatuhan hasil yang paling teruk pernah dialami pesawah di sini setakat ini.

“Hal ini menyebabkan mereka tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian yang tinggi,” katanya.

Mohd Rosdi bagaimanapun menggesa agensi berkaitan agar dapat membuat kajian berhubung masalah ini sekali gus mengelakkan dari perkara ini terus merebak.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list