CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8403|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Madam’ ditahan, mangsa eksploitasi seks warga Tanzania diselamatkan

[Copy link]
Post time 31-1-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian ahli sindiket yang ditahan JIM ekoran terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia di ibu negara pada 29 Januari lalu. - Foto oleh IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Seorang wanita warganegara Tanzania berusia 29 tahun berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi operasi membanteras kegiatan pemerdagangan orang yang dijalankan di ibu negara 29 Januari lalu.

Operasi itu dikendalikan Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya menerusi maklumat Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur selain hasil risikan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pasukan operasi turut menggunakan pendekatan siasatan awal bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“Wanita Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.

“Mangsa telah dikawal ahli sindiket yang juga merupakan warganegara Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks di samping pasport dipegang dan disimpan tanpa kerelaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, susulan maklumat diperolehi, pihaknya mengenal pasti sebuah premis rumah pangsapuri yang dijadikan tempat tinggal ahli sindiket.

“Suspek enggan membuka pintu dan tidak memberikan kerjasama pada awalnya sehingga memaksa pasukan operasi menyerbu masuk ke premis tersebut.

“Seorang wanita warganegara Tanzania berumur 32 tahun dikenali sebagai ‘madam’ yang disyaki menyalahgunakan kemudahan Pas Pelajar dengan menjadi ‘ibu ayam’ berjaya ditahan,” jelasnya.

Susulan itu, katanya, wanita yang diselamatkan itu ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO).

“JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

“JIM akan terus bekerjasama dengan pihak kedutaan negara itu dalam mengesan dalang dan ahli sindiket yang lain berhubung maklumat terdapat kegiatan pemerdagangan orang dalam warganegara tersebut,” katanya.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket ialah menjanjikan pekerjaan termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

“Selain itu, ahli sindiket dikesan sering berpindah dari satu kediaman mewah ke kediaman mewah lain bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... zania-diselamatkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.621346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list