CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8656|Reply: 0

Deepshikha kesal ‘tolak’ Salman Khan, Shah Rukh Khan

[Copy link]
Post time 30-1-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Deepshikha menyesal pernah menolak tawaran bergandingan dengan SRK dan Salman Khan.

AKTRES Bollywood, Deepshikha Nagpal menyimpan perasaan kesal tidak berkesudahan apabila pernah menolak bergandingan dengan dua hero sensasi filem Karan Arjun.

Individu dimaksudkan pelakon yang kini bergelar pengarah filem itu adalah Salman Khan dan Shah Rukh Khan, manakala kejadian pula berlaku sekitar 1995.

Dalam satu wawancara, Deepshikha mendedahkan tawaran tersebut disuarakan sutradara tersohor, Rakesh Roshan, namun ditolak mentah-mentah tanpa berfikir panjang.

Kongsinya lagi, ayah kepada Hrithik Roshan yang ketika itu antara pembikin filem tersohor Bollywood terus memilih aktres lain sebagai pengganti.

Selepas itu, sekali lagi dia menolak untuk dipandankan dengan Salman bagi filem Jaanam Samjha Karo yang dilakonkan oleh Urmila Matondkar.

Dia berbuat demikian kerana tidak mempunyai penasihat sehingga berasa sangat rugi.

Deepshikha, 44, mengakui sampai sekarang berasa menyesal apatah lagi Salman dan Shah Rukh Khan terus melakar nama gah dalam industri perfileman Bollywood.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... han-shah-rukh-khan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055714 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list