CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4167|Reply: 0

[Kedah] Lapan pelajar di Kedah duduki SPM di hospital

[Copy link]
Post time 30-1-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Lapan pelajar di Kedah duduki SPM di hospital

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
30 Januari 2024 11:58am




Seramai 29,044 calon pelajar menduduki peperiksaan SPM di 264 pusat sekolah di Kedah.




JERLUN - Lapan pelajar di Kedah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertulis di hospital bermula Selasa kerana menjalani rawatan kesihatan.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, calon-calon tersebut mengambil peperiksaan di hospital akibat cedera kemalangan dan ada yang sakit berpanjangan serta memerlukan pemantauan berterusan.



Menurutnya, hospital yang terlibat adalah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Hospital Pendang, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan Hospital Metro.

"Kita ada seramai lapan orang calon yang terpaksa mengambil peperiksaan di hospital.



"Di Hospital Sultanah Bahiyah kita ada dua calon, di Hospital Sultan Abdul Halim (empat) dan dua lagi masing-masing di Hospital Metro dan Hospital Pendang," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.






Peperiksaan SPM bermula pada Selasa dan akan berakhir pada 7 Mac depan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam, di sini.

Ismail berkata, seramai 29,044 pelajar menduduki peperiksaan SPM di 264 pusat sekolah di negeri ini.




Jelasnya, jumlah calon teramai adalah dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan iaitu seramai 25,297 pelajar diikuti calon dari sekolah menengah agama rakyat iaitu seramai 1,588 pelajar.

“Daripada jumlah keseluruhan calon itu, seramai 83 pelajar adalah Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK),” ujar beliau.

Tambahnya, seramai 3,621 orang petugas akan bertugas sepanjang peperiksaan SPM kali ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048391 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list