CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5601|Reply: 0

[Johor] 'Resah bila mesej tidak berbalas' - Ibu

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode

AHLI keluarga dan kenalan mangsa kemalangan di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 berkumpul di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).


Kota Tinggi: "Saya agak resah apabila arwah tidak balas mesej. Tidak lama kemudian saya menerima berita anak sudah menemui ajal," kata Norzihan Mohamad.


Norzihan, 50, ibu kepada Amirul Asyraf Zulkifli, 29, yang maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan Proton Gen2 di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 dekat sini.

Menurutnya, anaknya bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman tema air di Desaru, dia berulang-alik menaiki kereta bersama rakannya, Muhammad Amirul Faiz Azmi, 22, yang turut maut dalam kemalangan itu.

"Kira-kira 6.30 pagi tadi saya tergerak hati untuk mesej dia dan bertanya sama ada kerja atau tidak kerana mahu minta tolong darinya untuk lihat kereta ayahnya.

"Dia sempat membalas tidak kerja dan menyatakan boleh bantu sebelum mesej seterusnya dari saya tidak berbalas.

"Tidak lama kemudian menantu menghubungi saya dan memaklumkannya maut dalam kemalangan," katanya.

Norzihan berkata, selepas berumah tangga, Amirul Asyraf menetap di Taman Pasak Indah bersama keluarga mentua.

"Sabtu lalu dia ada datang ke rumah, saya nampak dia kurang selera makan berbanding sebelum ini," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, hari ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, Amirul memiliki dua anak berusia tiga dan empat tahun.

Menurutnya, anaknya juga ada merancang untuk berhenti kerja di Desaru itu dan mahu bekerja di Singapura.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa, Mohd Haikal Waqiuddin Zainal, 24, berkata, setiap hari dia menaiki kenderaan yang sama dengan Muhammad Amirul Faiz dan Amirul Asyraf ke tempat kerja.

"Cuma hari ini tidak bersama mereka kerana saya masuk kerja lambat sikit, mereka masuk kerja 7 pagi, saya pula masuk kerja 9 pagi.

"Memang tidak sangka, sebaik sahaja menerima berita kemalangan itu saya terus ke lokasi kejadian menaiki motosikal dan melihat kedua-dua sahabat saya sudah tiada.

"Saya sangat sedih dan terkilan kerana kehilangan dua orang rakan baik," katanya.

Kemalangan itu juga meragut nyawa pemandu Proton Gen2 Noor Azman Abdul Rahman, 46, yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.49 pagi.

Menurutnya, kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dewasa dan seorang daripadanya tersepit akibat kemalangan itu.

"Sebuah lagi kenderaan dinaiki seorang mangsa yang turut tersepit akibat kemalangan.

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.298460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list