CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2618|Reply: 1

[Perlis] Pegangan tauhid kuat bantu hapus khurafat, sihir - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 29-1-2024 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Pegangan tauhid kuat bantu hapus khurafat, sihir - Raja Muda Perlis

29 Januari 2024 08:03am



Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Foto Bernama




KANGAR - Pegangan tauhid yang kuat amat penting dalam membantu menghapuskan segala bentuk khurafat dan sihir yang boleh merosakkan akidah umat Islam pada zaman ini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, pegangan yang kuat itu bukan sahaja dapat mengukuhkan iman, malah melindungi umat Islam daripada kesan buruk khurafat dan sihir yang menyeleweng daripada landasan Islam sebenar.



"Oleh itu, umat Islam yang benar-benar faham dan beriman tidak akan terdedah kepada khurafat atau bergantung kepada ilmu sihir sebagai penyelesaian kepada masalah mereka.

"Dengan pegangan tauhid yang kuat, individu akan meletakkan tawakal dan pergantungan mereka semata-mata kepada ALLAH, memohon pertolongan-Nya melalui doa yang ikhlas dan mematuhi petunjuk-Nya,” titah baginda.



Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian semasa berkenan berangkat menutup Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2024 di Dewan 2020 di sini pada Ahad.

Turut hadir, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Raja Muda Perlis turut bertitah mengalu-alukan penceramah dan pengunjung konvensyen itu untuk menerokai tempat pelancongan dan mencuba juadah tempatan di Perlis bertepatan dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

"Nikmatilah pemandangan, keindahan flora dan fauna negeri Perlis serta rakamlah gambar atau video sebanyak mungkin sebagai kenang-kenangan,” titah baginda.




Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis penutup PISC 2024, Mohd Asri berkata, lebih 4,000 pengunjung dari dalam dan luar negara menghadiri konvensyen dua hari bermula semalam itu, yang juga julung kali dianjurkan dengan tema ‘Light of Tawheed’.

"Konvensyen ini menampilkan enam penceramah terkenal antarabangsa.








"Alhamdulillah, konvensyen ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung dari 36 negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Sudan," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 10:19 AM | Show all posts
umat Islam yang benar-benar faham dan beriman tidak akan terdedah kepada khurafat atau bergantung kepada ilmu sihir.....betul betul betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057461 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list