CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 0

[Kedah] 'Mereka tidak langgar adab Melayu, Islam'

[Copy link]
Post time 28-1-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode
'Mereka tidak langgar adab Melayu, Islam'


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah. - Foto tular




Alor Setar: Tindakan tiga individu termasuk dua kanak-kanak yang bersilat dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu berhadapan Masjid Nabawi, Madinah dianggap tidak menyalahi etika bahkan ia melambangkan identiti Melayu.

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Datuk Maideen Kadir Shah yang juga Guru Utama berkata, ia berlaku di luar dan bukannya kawasan dalam masjid.

Beliau berkata, jika mereka mempamerkan perkara baik, ia tidak salah kerana menggambarkan sesuatu yang baik selain melambangkan identiti budaya negara ini.

"Waktu itu bukannya waktu solat dan ia adalah pakaian beradab dan mereka tidak buat perkara yang melanggar adab Melayu dan Islam.

"Jadi apa salahnya kalau kita biar orang bersilat tapi mestilah dengan beradab dan menunjukkan sesuatu yang baik," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Galeri PSSCM di Muzium Negeri Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin selalu Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, satu video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelakibersilatdi hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.



Disiarkan pada: Januari 28, 2024 @ 8:37pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048024 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list