|
Anggota tentera dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para), sedang membersihkan Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, yang dipenuhi lumpur berikutan ditenggelami banjir. FOTO IHSAN ATM
Dungun: Seramai 28 pegawai dan anggota Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para) digerakkan dalam Op Murni bagi membantu kerja pasca banjir di daerah ini.
Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata, fokus utama pembersihan di sekitar Kampung Pasir Raja, terutama Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja dan Masjid Kampung Pasir Raja.
Katanya, gotong-royong perdana itu dikoordinasikan oleh Pejabat Daerah Dungun bersama semua agensi awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung.
"Kerja pembersihan bermula sejak pagi tadi bagi memastikan infrastruktur utama dapat berfungsi semula," katanya hari ini.
Beliau berkata, kerjasama antara semua agensi terbabit dapat meringankan beban pihak sekolah, masjid dan penduduk selepas terjejas banjir lumpur.
Katanya, pasukannya akan terus diatur gerak bagi membantu kerja pasca banjir.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ca-banjir-di-dungun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|