CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7533|Reply: 0

Lima kereta paling laju di dunia 2024

  [Copy link]
Post time 28-1-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Bugatti Chiron Supersport dipercayai kereta paling laju di dunia saat ini.

SEJAK sekian lama, kereta menjadi kenderaan yang sering digunakan orang untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Kini pengeluar menghasilkan pelbagai jenis kereta yang mempunyai kelajuannya yang tersendiri.
Malah, tidak kurang juga syarikat pengeluar yang sentiasa berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta terpantas di dunia.
Meskipun jalan raya mempunyai had kelajuan, namun disebabkan sifat manusia yang sentiasa ingin mengetahui tentang sesuatu telah mendorong mereka yang terlibat dalam penghasilan kereta cuba untuk melihat sejauh mana tahap kelajuan kereta yang dibikin itu ‘boleh pergi’.
Untuk menghasilkan kereta terpantas di dunia, sudah semestinya enjin yang sangat berkuasa diperlukan.
Selain itu, aerodinamik dan berat kereta juga memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan kelajuan.
Minggu ini, Panorama menyenaraikan lima kenderaan terpantas di dunia terkini meliputi pelbagai enjin berdasarkan sumber daripada portal carwow.

Bugatti Chiron Supersport 300+
(489km/j)

Bagi mereka yang membesar pada tahun 2000-an mungkin akan mengaitkan Bugatti Veyron sebagai kereta terpantas di dunia.
Kini semangat itu telah dibawa ke Bugatti Chiron Supersport 300+ iaitu sebuah jentera yang menggunakan enjin 8.0 liter kuad turbo yang mampu menghasilkan 1,600 kuasa kuda (hp).
Ketika diuji di trek ujian Ehra-Lessein Volkswagen kenderaan ini merekodkan kelajuan tertinggi iaitu 304mph atau 489km/j.
Kenderaan ini tidak memegang rekod dunia secara rasmi kerana ketika diuji ia hanya melibatkan satu arah sahaja.
Untuk memecahkan rekod, ia perlu diuji dua kali dalam arah yang bertentangan dan Bugatti memutuskan ‘untuk tidak melakukannya atas sebab tertentu’.

SSC Tuatara (474km/j)



Kenderaan ini dikeluarkan oleh SSC Amerika Utara yang dahulunya dikenali sebagai Shelby SuperCars Inc dan kereta ini dilengkapi dengan inovasi automotif hebat.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 pengecas berkembar yang mampu menghasilkan sehingga 1,750hp apabila ia menggunakan etanol.
Namun, terdapat beberapa kontroversi mengenai kelajuan terpantas rasminya.
SSC mendakwa kereta ini sebenarnya berjaya mencatatkan kelajuan 508km/j untuk menjadikannya kereta terpantas di dunia.
Tetapi kemudiannya, mereka mengakui ralat GPS yang merekod kelajuan itu secara salah.
Ujian pada awal 2023 menyaksikan kereta itu mencapai kelajuan terpantas sebenar adalah 474km/j.

Hennessey Venom F5 (437km/j)



Hennessey Venom F5 buatan Amerika Syarikat ini menjadi salah satu kereta terlaju yang pernah direkodkan.
Kereta ini dijana dengan enjin 6.6 liter pengecasan turbo berkembar V8 dan mampu menghasilkan 1,817hp dan tork 1,617Nm
Dengan kuasa itu, kereta ini mampu untuk memecut pada kelajuan 0-96km/j dalam masa 2.6 saat dan ia akan mencapai kelajuan tertinggi 437km/j

Rimac Nevera (415km/j)



Rimac Nevera adalah kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai empat motor elektrik dan menghasilkan 1,914hp dan tork 2,300Nm.
Itu sudah cukup untuk kereta ini bergerak dari 0 hingga 96km/j dalam masa 1.9 saat dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi 415km/j.

Ia diperbuat hampir keseluruhannya daripada gentian karbon untuk mengurangkan berat badan kenderaan ini.


McLaren Speedtail (402km/j)



Speedtail adalah kereta sport hibrid yang direka bentuk oleh McLaren bukan untuk mengejar rekod dunia.
Tetapi dengan kelajuan tertinggi 402km/j ketika diuji, ia adalah kereta jalan terpantas yang pernah dibina McLaren.
Kereta ini dijana dengan rangkaian kuasa enjin V8 4.0L turbo berkembar dan elektrik dan mampu untuk menghasilkan kuasa sehingga 1,050PS dan 1,150Nm tork.
Ini sudah cukup untuk menggerakkan kereta ini dari 0 hingga 96km/j dalam masa 2.5 saat.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... di-dunia-pada-2024/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.129946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list